Ahad, 3 Februari 2008

BAIKPULIH PERABOT TERBUANG DAN JUAL


Saya biasa ternampak di kawasan-kawasan perumahan sekitar Selangor, apabila penghuni sesebuah rumah menukar perabot, kebanyakan perabot lama terutama yang ada kerosakan akan diletakkan di luar pagar atau di tepi jalan. Kadang-kadang kerosakan tidak seteruk mana.



Oleh itu, mungkin jika ada pengusaha perabot terutama secara kecil-kecilan yang berminat, mempunyai kenderaan dan bengkel dapat mengangkut perabot-perabot tersebut, dibawa ke bengkel dan dibaikpulih, ditukar kulit, dicat atau sebagainya. Seterusnya dapat dijual pula dengan harga yang lebih rendah berbanding perabot-perabot baru. Bagi saya, ini merupakan satu perniagaan yang kecil tetapi boleh membawa keuntungan di samping kita mengurangkan pembuangan produk-produk kayu, sekali gus mengurangkan penebangan pokok secara berleluasa.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di Kuala Lumpur, ada satu syarikat pembuatan perabot bernama WARISAN BORONG (M) SDN. BHD, milik bumiputera yang menjual pelbagai perabot kayu berkualiti pada harga borong. Pembeli yang tela membeli perabot di sini, boleh menukar perabot lama yang telah dibeli pada bila-bila masa, pada harga ASAL. Ini bermakna, mereka tidak perlu lagi membuang perabot lama mereka. Mereka hanya perlu datang ke showromm WARISAN BORONG, di Tingkat B1, PLAZA WARISAN, JALAN TUN H.S. LEE, 50000, KUALA LUMPUR. TEL 03 2078 6119, 016 388 7828 .Di sini mereka hanya pilih perabot baru yang perlu, kemudian tukar dengan perabot lama yang telah dibeli(cuma bayar perbezaan harga jika ada : harga baru - harga lama = bayaran perbezaan). Yang bestnya mereka boleh tukar perabot pada bila-bila masa... Contohnya... Setiap Hari Raya Tukar Perabot baru...