Sabtu, 27 Jun 2009

CUBA BUAT UBAT RESDUNG

Selalulah memasukkan air ke dalam hidung (seperti berwuduk). Masukkan sedalam-dalamnya dan hembuskan semula. Bagi sesetengah orang mungkin merasa sedikit pedih di dalam hidung. Petua mengurangkan rasa pedih ialah sebelum memasukkan air, pastikan kita menarik nafas secukupnya, kemudian baru masukkan air ke dalam hidung. Ini memudahkan kita mengawal kelajuan dan jumlah air yang masuk melalui hidung. Cuba sedikit demi sedikit, insyaAllah lama-lama nanti pandailah. Setelah rongga dalaman hidung bersih, pernafasan menjadi lebih segar, insyaAllah.



Selain itu, boleh juga membuat corong asap resdung sendiri. Banyak cara yang ada. Antaranya dengan menggunakan sehelai kain kapas putih berukuran lebih kurang 25cm x 25cm. Gosokkan dengan lilin (seeloknya guna bee's wax), pastu gulung membentuk corong panjang. Sediakan sebesen kecil air, sebelah limau nipis dan sebilah gunting. Nyalakan corong pada sebelah atasnya dan apabila asap telah keluar di bawahnya, bolehlah mula meratakan asap ke seluruh muka dan telinga dengan menggerakkan corong tadi. Apabila bahagian yang terbakar sudah agak panjang, guntinglah ke atas permukaan air di dalam besen kecil tadi. Setelah selesai pengasapan dilakukan, biasanya akan terdapat selaput lapisan di atas muka. Bersihkan dengan limau nipis tadi. Untuk memeriksa hama-hama resdung, buka gulungan corong kain yang teringgal sedikit tadi dan kikiskan dengan mata pisau. Terdapat habuk kekuningan yang melekat pada mata pisau, boleh dibakarkan dan ianya bertukar warna merah dan cair. Tetapi untuk melakukan proses pengasapan ini perlulah mempunyai sedikit kepakaran dan menjaga ciri-ciri keselamatan.

Untuk membuat pil pula, ambil bunga raya (sebaiknya putih), bunga senduduk (sebaiknya putih) dan dijemur kering. Beras dikisar atau digiling menjadi serbuk. Sedikit serbuk kunyit. Empat bahan tadi diadun dengan sedikit air dan dibentuk bulat dan kecil, seterusnya dijemur kering. Simpan di dalam bekas setelah kering. Boleh dimakan satu ke dua biji sehari atau dicampur air seperti bedak sejuk dan disapu ke muka.

Selamat mencuba.

2 ulasan:

Angin Selat Melaka berkata...

Assalamualaikum...
Pertama kali daku terbaca blog yang mengutarakan cara bagaimana membuat obatan resdong :-D

Di sini daku mahu kongsikan sedikit pengalaman dalam dunia pengembaraanku tentang kesihatan dan kecantikan. Corong resdung - atau juga dikenali sebagai rokok resdung, kalau kamu malas atau belum cukup pengetahuan membuatnya, bolehlah dapatkan yg berkualiti tinggi (standard size) di:

rawatan Rokok Resdung Herbal

atau kamu mengalami masalah jerawat yg dikait dengan resdung, maka bolehlah cuba merawat ia sebaik mungkin di:

rawatan resdung tradisional

Semoga pengembaraan ku di dunia internet sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kategorinya menghadapi masalah resdong ini. Sukses Doh!

Bahan Mentah Kosmetik berkata...

Boleh dapatkan beeswax dari saya 019-5079197