Ahad, 3 Februari 2008

SISTEM MEMERIKSA HARGA MELALUI WEB

Menjadi satu kebiasaan kini, pasaraya-pasaraya menyediakan alat atau sistem pemeriksa harga dalam premis perniagaan mereka. Pengguna hanya perlu menghadapkan kod bar pada produk ke atat tersebut untuk diimbas, kemudian harga dan nama produk akan ditayangkan pada skrin alat tersebut. Sistem ini memerlukan sistem komputer dan pangkalan data yang sentiasa dikemaskini dan bersepadu.




Saya mencadangkan agar pihak pengurusan pasaraya dapat melaksanakan sistem pemeriksa harga ini di laman web perniagaan masing-masing (sekiranya ada). Di laman web tersebut yang mesra pengguna, satu kotak perantara dapat disediakan dan pengguna hanya perlu menaip nama produk yang hendak diketahui harganya, contohnya Sabun Basuh, setelah ditaip, terpaparlah segala produk sabun basuh dengan harga, saiz dan namanya. Jika ditaip secara lebih khusus lagi, maka paparan juga akan dikhususkan mengikut kehendak pengguna.


Dengan itu, pengguna dapat mengamalkan kaedah perbandingan harga dan merancang perbelanjaan dengan lebih berhemat lagi.

1 ulasan:

admin berkata...

assalamualaikum wamad,

saya admin, yang pernah memberikan komen berkenaan dengan idea idea wamad untuk menghasilkan ensaiklopedia buku tajwid, bagaimana dengan perkembangan projek tersebut?

oh ya, berkaitan dengan sistem pemeriksa harga melalui laman web ini , idea ini saya rasa telah dipelopori oleh www.amazon.com dimana pembeli buku hanya perlu mendapatkan nombor siri atau ISBN, melalui nombor siri ini, data lengkap dari a-z boleh diperolehi dengan mudah. mereka jauh ke depan bukan?

saya dapati wamad begitu meminati bidang perniagaan dan juga bidang IT, alhamdulillah, cadangan saya agar wamad mengkaji selok belok perniagaan ebay dan juga amazon.com(bagi mereka yang gemar membaca disediakan peluang untuk menjadi publisher). cuba dapatkan data data berkenaan hal ini daripada website saya iaitu www.leadhumancapital.com(untuk contoh buku yang di associatekan oleh saya terus kepada www.amaozon.com ialah (sila klik di alamat ini)
http://leadhumancapital.com/?p=31 dan juga ini:
http://leadhumancapital.com/?p=26

dan dari sana, wamad boleh pergi ke ruangan blogroll di mana ada panduan dari guru saya iaitu "Adsense Sifu".

Good Luck, Assalamualaikum.