Isnin, 26 November 2007

KAMUS/ENSIKLOPEDIA TAJWID

Saya pernah berhasrat untuk menyusun buku berkenaan ilmu Tajwid dan Qiraat ini di dalam bentuk kamus atau sebuah ensiklopedia. Namun di atas banyak faktor seperti kewangan, rujukan dan kepakaran, maka usaha tersebut terbantut begitu sahaja. Kini saya berkongsi idea tersebut di ruangan ini, sekiranya ada sesiapa yang mampu berminat untuk merealisasikannya.



Idea tersebut timbul apabila melihat kepada keperluan susun atur perihal ilmu ini dalam satu buku yang komprehensif timbul. Lihat sahaja di kedai-kedai buku, rata-rata buku Ilmu Tajwid di susun di dalam bentuk penerangan mengikut bab. Ini memang sangat baik kerana menjelaskan secara terperinci akan sesuatu tajuk di dalam bab-bab ilmu Tajwid. Cuma di zaman yang semakin canggih ini, saya melihat keperluan untuk mnghasilkan sebuah kamus/ensiklopedia amat diperlukan. Sebahagian daripada mereka yang mempelajari ilmu Tajwid mungkin memahami ilmu yang dibincangkan, namun mungkin terdapat sebahagian yang lupa akan beberapa istilah-istilah dan takrifan tepat sesuatu istilah Tajwid atau Qiraat.
Dengan terhasilnya buku Kamus / Ensiklopedia Ilmu Tajwid ini, maka diharapkan dapat menjadi koleksi guru-guru Quran dan Tajwid, memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan seperti pelajar j-QAF, tahfiz, sekolah agama, menambahkan lagi pilihan bahan rujukan ilmu Tajwid, dan seterusnya meningkatkan lagi kemahsyuran serta kepentingan ilmu ini.

Contohnya:
H
Harf Ghunnah = [ditulis Arab] [keterangan:huruf dengung bersabdu iaitu pada huruf Nun bersabdu dan Mim bersabdu yang wajid didengungkan dengan sempurna, berlaku dalam satu perkataan atau dalam pertemuan dua perkataan yang diwasolkan,][contoh][nama lain, jika ada: juga dikenali sebagai Idgham Bi Ghunnah Musyaddadah, Wajibul Ghunnah atau Ghunnah.]
I
Ikhfa’ Majazi = sebutan Ikhfa’ secara sama-samar seperti pada Iqlab dan Ikhfa’ Syafawi.
Begitulah seterusnya, bermula dari A sehingga Z. Banyak sekali istilah-istilah yang boleh dihimpunkan bermula dari huruf Alif, hukum tajwid, sifat, makhraj, tahap kelajuan bacaan, simbol, qiroat dan pelbagai lagi.

Namun, seeloknya usaha menyusun buku ini dilakukan secara berkumpulan dan diketuai oleh seorang baik pemahaman/pakar, di samping itu mempunyai kemahiran menyusun maksud istilah supaya seragam dan bersistematik sekaligus mesra pembaca. Mungkin kalau ada berminat nak buat kumpulan penyusun, boleh saya sertai sama.

1 ulasan:

admin berkata...

assalamualaikum warahmatullah

idea anda bagus, dan saya dapati suara anda di sini tidak didengari oleh mereka mereka yang mempunyai idea yang seakan akan sama dengan anda.Nasihat saya:

a) anda cari penulis penulis buku tajwid terutamanya dan buat lontarkan idea anda kepada mereka.Katakan kepada mereka dan yakin kan bahawa projek ini sememangnya berfaedah ( ya!! sememangnya berfaedah) dan mempunyai nilai komersial.

b) anda mulakan sendiri projek ini secara sedikit demi sedikit, kemudian anda tujukan idea anda itu kepada penerbit dan editor untuk penambah baikan.

c) Jangan lupa untuk ada copyrightkan segala kerja anda ini. Dan anda kemudiannya usulkan agar ianya menjadi satu buku syllabus /rujukan untuk program tajwid di sekolah dan sebagainya.

Oh ya , sedikit nasihat untuk saya, di bahagian pengenalan diri anda. Terpulang untuk anda terima atau tidak..saya rasa tidak perlu untuk anda menceritakan kepada orang ramai apa yang telah terjadi kepada anda, pelangan anda kelak adalah umum, bersifat general..mereka adalah sumber anda kemudian hari.